Jumat, 20 Juli 2012

SURAT KHALIFAH UMAR KEPADA MU‘AWIYAH

Lagi baca-baca artikel yang di share di group FB ternyata ada yang menarik perhatian ane, silahkan di baca :


SURAT KHALIFAH UMAR KEPADA MU‘AWIYAH

Pendahuluan

Surat khalifah Umar kepada Mu‘awiyah di Syam telah terbongkar setelah pembunuhan Al-Husain bin Ali as di Karbala’. Pembunuhan Al-Husain bin Ali as pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah, bukan saja menyedihkan keluarga Rasulullah Saw, bahkan seluruh umat Islam yang Mukminin (Ibnu Al-Atsir, Al-Kamil fi Al-Tarikh, Cairo 1976, iii, hlm. 19).
Perlantikan Mu‘awiyah sebagai gubernur di Syam terjadi setelah kematian abangnya Yazid bin Abu Sufyan dimasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar, diangkat atas usulan Umar bin Al-Khattab. Bahkan Khalifah Abu Bakar terpaksa setuju pada usulannya. Tetapi surat Khalifah Umar kepada Mu‘awiyah dalam pembahasan sekarang adalah surat yang ditulis oleh beliau sendiri semasa pemerintahannya kepada Mu‘awiyah bin Abu Sufyan sebagai gubernurnya di Syam.
Pada mulanya Abdullah bin Umar bin Al-Khattab menyeru orang banyak supaya menentang Yazid bin Mu‘awiyah atas tindakannya membunuh Al-Husain bin Ali di Karbala’. Tetapi sikapnya berubah setelah beliau dipanggil oleh Yazid bin Mu‘awiyah ke Istananya di Syam dan membaca surat bapaknya yang ditulis untuk bapaknya Yazid; Mu‘awiyah bin Abu Sufyan. Surat Khalifah Umar kepada Mu‘awiyah merupakan terjemahan dari kitab Bihar Al-Anwar, Beirut, 1995, oleh Al-‘Allamah Al-Majlisi ra. xxx, hlm. 287-299).
Sanad Surat Khalifah Umar
“Abul Husain Muhammad bin Harun bin Musa Al-Tala‘kabari telah memberitahu kami, beliau berkata: “Bapaku ra memberitahuku, beliau berkata: Abu Ali Muhammad bin Hammam berkata: Ja‘far Ibnu Muhammad bin Malik Al-Fazari Al-Kufi memberitahuku, beliau berkata: Abdur Rahman bin Sinan Al-Sairafi memberitahuku dari Ja‘far bin Ali Al-Hiwar dari Al-Hasan bin Al-Miskan, dari Al-Mufadhdhal bin Umar Al-Ja‘fi dari Jabir Al-Ja‘fi, dari Sa‘id bin Al-Musayyab, beliau berkata:

Teks Terjemahan Peristiwa Karbala’ Dan Sikap Abdullah Bin Umar

“Ketika Al-Husain bin Ali as dibunuh, dan berita kematiannya tersebar di Madinah; tersebar berita pemotongan kepalanya dan dibawa kepada Yazid bin Mu‘awiyah, pembunuh delapan belas orang dari keluarganya, pembunuhan lima puluh tiga lelaki dari Syi‘ahnya, pembunuh Ali, anak lelakinya yang masih kecil di hadapan beliau dan keluarganya dijadikan tawanan, lalu diadakan majelis duka (Ma’tam) di sisi isteri Nabi Saw di rumah Ummu Salamah ra, di rumah-rumah Muhajirin dan Ansar.
Beliau berkata: Abdullah bin Umar bin Al-Khattab keluar dari rumahnya dalam keadaan berseru kepada orang-orang, menampar-nampar mukanya, mengonyak-ngoyak poket bajunya dan berkata:
Wahai kelompok Bani Hasyim, Quraisy, Muhajirin dan Ansar! Apakah dihalalkan oleh Rasulullah Saw keluarganya dan zuriatnya sedangkan kamu masih hidup diberi rezeki?
Tidak ada keputusan tanpa Yazid. Beliau keluar dari Madinah dimalam harinya berseru pada umat dan menganjurkan mereka menentang Yazid. Khabarnya beliau juga menulis surat kepada Yazid. Ketika lewat di hadapan orang-orang, beliau melaknati Yazid. Mereka berkata: Ini adalah Abdullah bin Umar, anak khalifah Rasulullah Saw dimana beliau mengingkari perbuatan Yazid terhadap keluarga Rasulullah Saw, dan menganjurkan umat menentang Yazid, dan sesungguhnya mereka yang tidak menyahuti seruan ini tidak ada untuknya agama dan Islam”.
Penduduk Syam menjadi gelisah. Yazid mendatangi Bab Al-La‘in bersama-sama orang-orangnya, mereka membacakannya. Kemudian Yazid keluar menemuinya, lalu memberitahu kepadanya tentang kasih sayangnya kepada Abdullah bin Umar. Beliau berkata: Redakan kemarahan Abi Muhammad, sebentar lagi, akan mereda. Lalu beliau mengizinkannya datang seorang diri. Lantas beliau memasukinya dalam keadaan berseru seraya berkata: Aku tidak akan masuk wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya anda telah melakukan (kekejaman) terhadap Ahlul Bait Muhammad Saw, sekiranya Turkey dan Roma mampu melakukannya, niscaya mereka tidak akan menghalalkan apa yang anda halalkan. Mereka tidak akan melakukan apa yang telah anda lakukan.
Berdirilah anda dari permadani ini sehingga Muslimun memilih orang yang lebih berhak. Yazid mengelu-elukannya dan memeluknya ke sisinya seraya berkata kepadanya: Wahai Abu Muhammad! Tenangkan kemarahan anda, dan berfikirlah. Lihatlah dengan mata anda dan dengarlah dengan telinga anda.
Apa pendapat anda tentang bapak anda Umar bin Al-Khattab. Bukan-kah beliau penunjuk (hadian) khalifah Rasulullah Saw, pembantunya, dan mertuanya melalui saudara perempuan anda Hafsah, dan beliau telah berkata: Beliau tidak menyembah Allah secara rahasia? Abdullah berkata: Beliau adalah sebagaimana anda katakan. Apa pendapat anda mengenainya? Yazid berkata: Bapak anda telah melantik bapaku menjadi gubernur Syam atau bapaku telah melantik bapak anda menjadi khalifah Rasulullah Saw? Abdullah berkata: Bapaku telah melantik bapak anda menjadi gubernur Syam.
Yazid berkata: Wahai Abu Muhammad! Apakah anda meredhainya dan meredhai janjinya kepada bapaku atau anda tidak meridhainya? Abdullah berkata: Aku meredhainya. Yazid berkata: Apakah anda meredhai bapak anda? Abdullah berkata: Ya. Maka Yazid memegang tangan Abdullah bin Umar dan berkata kepadanya: Berdirilah, wahai Abu Muhammad hingga anda membacanya, lalu beliau berdiri bersa-manya dan memasuki bilik khazanahnya, lalu beliau meminta satu peti.
Kemudian beliau membukanya dan mengeluarkan darinya satu peti besi yang dikunci dan dicopkan. Lantas beliau mengeluarkan darinya lembaran yang lembut terbuat dari sutera. Beliau mengambil lembaran dengan tangannya dan membukanya. Kemudian beliau berkata: Wahai Abu Muhammad! Apakah ini tulisan bapak anda? Beliau menjawab: Ya, demi Tuhan. Maka beliau mengambilnya dengan tangannya dan mengucupnya. Beliau berkata kepadanya: Bacalah. Maka Abdullah bin Umar membacanya. Inilah isi suratnya:

Teks Terjemahan Surat Khalifah Umar Kepada Mu‘awiyah

“Bismillahir Rahmanir Rahim. Sesungguhnya beliaulah (Nabi Saw) yang telah memaksa kami dengan pedang(nya) supaya melakukan ikrar terhadapnya, maka kamipun melakukan ikrar tersebut. Sedangkan dada (kami) berdebar, jiwa (kami) bergelora. Niat dan bisikan hati (kami) meragukan dakwahnya kepada kami (Al-Bukhari, Shahih, II, hlm. 111; Muslim, Shahih, IV, hlm.12, 14), tetapi kami mentaatinya demi menghindari pedangnya ke atas kami (Ata‘naa-hu raf‘an li-suyufi-hi ‘alai-na). Apatah lagi semakin bertambahnya bilangan kabilah dari Yaman yang akan menentang kami. Dan dukungan dari mereka yang meninggalkan agama mereka di kalangan Quraisy. Maka aku bersumpah dengan Hubal, semua berhala, Al-Laata dan Al-‘Uzza bahwa Umar tidak pernah mengingkarinya semenjak beliau me-nyembahnya! (Fa-bi-Hubalin uqsimu wa al-Asnaam, wa al-Authaan wa al-Laata wa al-‘Uzza ma jahada-ha …. muz ‘abada-ha), tidak pernah menyembah Ka‘bah sebagai Tuhan, tidak pernah membenarkan perkataan Muhammad dan keluarganya (wa la ‘abada li al-Ka‘bah rabban wa la Saddaqa li-Muhammadin wa Ali-hi qaulan). Aku tidak memberi salam kepadanya kecuali untuk menghindarkan diri dari kebengisannya. Sesungguhnya beliau (Muhammad Saw) telah mengemukakan kepada kami sihir yang besar.
Sihirnya telah melebihi sihir Bani Israil bersama Musa dan Harun, Daud dan Sulaiman dan anak lelaki ibunya Isa.
Sesungguhnya beliau telah mengemukakan kepada kami segala sihir yang telah dikemukakan kepada Bani Israil, bahkan melebihi sihir-sihir mereka. Sekiranya mereka menyaksikannya, niscaya mereka mengakuinya, bahwa beliau adalah ketua tukang-tukang sihir (la-Aqarru la-hu bi-anna-hu sayyidu Al-Saharah), maka berpeganglah -Wahai Ibnu Abi Sufyan- kepada sunnah kaum anda dan pengikut agama anda serta setia kepada mereka yang terdahulu yang menentang binaan ini (Ka‘bah), di mana mereka berkata bahwa ia mempunyai Tuhan yang memerintahkan mereka supaya melakukan Sa‘yu (tawaf) di sekelilingnya dan Dia menjadikannya Kiblat untuk mereka. Justru itu, mereka mengakui shalat dan Haji dimana mereka telah menjadikannya sebagai rukun. Mereka menyangka bahwa mereka dijadikan untuk Allah. Di kalangan mereka yang telah membantu Muhammad adalah lelaki Farsi ini (Salman). Mereka juga berkata bahwa sesungguhnya diwahyukan kepadanya Muhammad): “Sesung-guhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk manusia (beribadat) ialah di Makkah yang diberi berkat dan petunjuk untuk semesta alam” (Surah Ali Imran (3): 96). Dan kata-kata mereka “Sesungguhnya kami lihat berulang-ulang muka engkau (ya Muhammad) ke langit. Maka sesungguhnya kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau sukai. Maka hadaplah muka kamu ke arah masjid haram (ka‘bah), di mana pun kamu berada, maka hadaplah mukamu ke arahnya.” Surah Al-Baqarah 2:144. Mereka menjadikan shalat mereka ke arah batu (Al-Hijarah).
Apakah yang membuat beliau mengingkari kami -jika tidak karena sihirnya menyembah berhala-berhala; Al-Laata wa al-‘Uzza yang terdiri dari batu, kayu, tembaga, dan emas, tidak- Al-Laata wa al- ‘Uzza- kami tidak dapati alas an untuk keluar dari apa yang ada di sisi kami sekalipun mereka disihir dan ditipu.
Lihatlah dengan mata yang terang dan dengarlah dengan telinga yang mendengar.
Perhatikanlah dengan hati dan akal anda tentang kepercayaan mereka.
Bersyukurlah kepada Al-Laata wa al- ‘Uzza (wa sykuri al-Laata wa al- ‘Uzza) serta perlantikan Atiq bin ‘Abdu al- ‘Azza ke atas umat Muhammad, penguasaannya ke atas harta mereka, darah mereka, syari‘at mereka, diri mereka, halal mereka, haram mereka.
Upeti yang mereka anggap bahwa mereka memungutnya untuk Tuhan mereka, untuk menguatkan pembantu-pembantu mereka.
Justru itu, beliau (Umar) hidup dengan mematuhinya secara terang-terangan, dan menghadapi kesulitan secara tersembunyi. Beliau tidak ada jalan lain kecuali bergaul dengan mereka. Sesung-guhnya aku telah melakukan tindakkan yang berani atas pemuda Bani Hasyim yang masyhur, benderanya yang menang dan pem-bantunya yang bernama Haidarah; menantu Muhammad atas perempuan yang mereka jadikan Penghulu Wanita Sejagat (Al-Bukhari, Shahih, II, hlm. 111; Muslim, Shahih, IV, hlm.12, 14) di mana mereka menamakannya: Fatimah sehingga aku mendatangi rumah Ali, Fatimah, dua anak lelakinya Al-Hasan dan Al-Husain, dua puteri mereka berdua; Zainab dan Ummi Kultsum serta sahaya perempuannya yang dipanggil Al-Fidhdhah.
Bersamaku adalah Khalid bin Al-Walid, Qunfudh bekas sahaya Abu Bakar dan beberapa Sahabat kami yang khusus. Maka akupun mengetuk pintu mereka dengan kuat. Lantas sahaya perempuan tersebut menjawabku. Aku berkata kepadanya: Katakan kepada Ali: Tinggalkanlah segala kebatilan dan jangan biarkan diri anda menjadi tamak kepada kekhalifahan, karena ia bukanlah untuk anda, tetapi ia adalah untuk orang yang dipilih oleh Muslimun dan mereka bersepakat kepadanya.
Demi tuhan Al-Laata wa al-‘Uzza, jika perkara ini hanya menurut pendapat Abu Bakar, niscaya ia pasti gagal mengganti khilafah Ibnu Abi Kabsyah (Rasulullah Saw). Tetapi aku telah melakukan sesuatu untuknya; aku telah memusatkan perhatianku padanya dan aku berkata kepada dua kabilah Nazar dan Qahtan setelah aku berkata kepada mereka bahwa khilafah hanya untuk Quraisy. Justru itu, taatilah mereka selama mereka mentaati Allah (Ibnu Qutaibah, Al-Imamah wa As-Siyasah, I, hlm. 15-16).
Sesungguhnya aku berkata demikian adalah karena ketangkasan Ali bin Abi Talib yang terdahulu dan cintanya kepada darah yang ditumpahkannya dalam peperangan-peperangan Muhammad dan pelaksanaan hutang-hutangnya, yaitu sebanyak 80 ribu Dirham (Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi ‘Al-Mawaddah, hlm.89). Mempersiapkan perlengkapan perang, pengumpulan Al-Qur’an dengan usahanya sendiri. Kata-kata Muhajirin dan Ansar -ketika aku katakan bahwa Imamah dari Quraisy- Mereka berkata: Si botak; Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib yang telah dibai’at oleh Rasulullah Saw untuk semua penganut agamanya. Dan kami telah menerimanya menjadi pemimpin Mukminin pada empat tempat. Jika kamu melupakannya, maka kami tidak melupakan Bai’at, Imamah dan khilafah serta wasiat adalah hak yang benar difardhukan, bukanlah dengan sukarela (Tabarru‘an) dan tuduhan palsu (Iddi‘aan), lalu kami membohongi mereka (fa-KadhdhIbnua-hum). Aku mengambil empat puluh orang lelaki menjadi saksi atas Muhammad bahwa Imamah sesuai pemilihan (Ikhtiar).
Ketika itu kaum Ansar berkata: Kami lebih berhak dari Quraisy, karena kami telah melindungi, membantu mereka sedangkan orang-orang berhijrah kepada kami. Jika urusan ini diberikan kepadanya, maka urusan ini juga bukan untuk kamu, tanpa kami. Dan dia berkata: Untuk kami seorang Amir dan untuk kamu seorang Amir. Kami berkata kepada mereka: Sesungguhnya 40 orang lelaki telah menyaksikan bahwa para Imam adalah dari Quraisy (Muslim, Shahih, Cairo, 1976, ii, hlm. 213). Sebagian mereka menerimanya dan sebagian yang lain menolaknya. Lalu mereka bertengkar. Maka akupun berkata: Mengapa tidak memilih orang yang paling tua umurnya dan yang paling lembut di kalangan kita? Mereka berkata: Siapakah yang anda maksudkan?
Aku berkata: Abu Bakar yang telah ditunjuk oleh Rasulullah Saw di dalam shalat, dia telah duduk bersamanya di Al-‘Arisy di Hari Badar, bermusyawarah dengannya dan mengambil pendapatnya. Dia adalah Sahabatnya di Gua (Al-Ghar), suami puterinya ‘Aisyah yang dina-makanya Ummul Mukminin. Bani Hasyim datang dalam keadaan marah didukung oleh Al-Zubair dengan pedangnya yang masyhur dan berkata: Hanya Ali saja yang akan dibai’at atau aku akan memotong kepala dengan pedangku ini. Aku berkata: Wahai Zubair! Teriakan anda adalah api bagi Bani Hasyim. Ibu anda adalah Safiyyah binti Abdul Muttalib. Beliau berkata: Itu adalah satu kehor-matan. Wahai Ibnu Hantamah, wahai Ibnu Sahhak! Diam. Beliau berkata sesuatu. Kemudian empat puluh orang lelaki dari mereka yang menghadiri Saqifah Bani Sa‘idah melompat ke arah Al-Zubair.
Demi Tuhan! Kami tidak mampu mengambil pedang di tangannya, hingga kami menjatuhkannya ke tanah. Kami tidak dapati pemban-tunya menentang kami. Maka aku melompat ke arah Abu Bakar, lalu aku memegang tangannya dan memberi bai’at. Kemudian diikuti oleh Usman bin Affan dan semua mereka yang hadir selain Al-Zubair. Kami berkata kepadanya: Bai’atlah, jika tidak, kami akan membunuh anda (Baayi‘au naqtulu-ka). Kemudian aku menghalangi orang-orang darinya.
Aku berkata: Kamu melarang beliau, Bani Hasyim memarahi tindakkanku.
Aku memegang tangan Abu Bakar dan membuatnya berdiri.
Beliau dalam keadaan gementar. Pikirannya terbagi, lalu aku men-desaknya ke Mimbar Muhammad. Beliau berkata kepadaku: Wahai Abu Hafshah! Aku takut tindakkan Ali padaku. Aku berkata kepa-danya: Sesungguhnya Ali sibuk untuk mengganggu anda. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah membantuku dalam perkara tersebut. Beliaulah yang telah mengulurkan tangannya membantu Abu Bakar ke Mimbar.
Aku mendesaknya dari belakangnya seperti kambing yang akan disembelih. Beliau berdiri di atas member dengan kebingungan. Aku berkata kepadanya: Berkatalah! Beliau menjadi bingung dan kelu. Aku merapatkan tapak tanganku karena memarahinya. Aku berkata kepadanya: Katakanlah apa saja. Tetapi beliau tidak memberi suatu kebaikan. Aku mau menurunkannya dari Mimbar dan aku akan mengambil tempatnya (fa-arad-tu an ahutta-hu ‘ani al-minbar wa aquma maqama-hu).
Tetapi aku benci orang-orang akan membohongiku juga tentang kata-kataku mengenainya. Orang-orang bertanya padaku: Bagaimana pendapat anda tentang kelebihannya? Apakah yang telah anda dengar dari Rasulullah Saw tentang Abu Bakar? Aku berkata kepada mereka: Aku mendengar tentang kelebihannya dari Rasulullah Saw, bahwa jika aku menjadi satu bulu di dadanya… dan untukku ceritanya. Aku berkata: Katakanlah sesuatu, jika tidak, maka turunlah (Qul wa illa fa-anzil). Maka, demi Tuhan, tercermin pada raut mukaku dan beliau mengetahui jika beliau turun, niscaya aku akan menaikinya.
Aku berkata kepadanya perkataan yang tidak mencerahkan kata-katanya. Beliau berkata dengan suara yang lemah: “Aku telah dilantik untuk kamu tetapi aku bukanlah orang yang paling baik dari kamu sedangkan Ali pada kamu. Ketahuilah olehmu bahwa bagiku Setan sedang menggodaku (Ibnu Qutaibah, Al-Imamah wa As-Siyasah, I, hlm.9-10).
Beliau tidak bermaksud lain selain dariku. Apabila aku tergelincir, maka kamu betulkan aku. Perilaku sedemikian tidak menjatuhkan aku di hadapan kamu. Aku mohon istighfar kepada Allah untukku dan untukmu”.
Kemudian beliau turun dan aku memegang tangannya. Orang-orang memperhatikannya. Aku pun memegang tangannya dengan kuat dan aku mendudukkannya. Aku mendorong orang-orang supaya memberi bai’at kepadanya. Aku mengikutinya untuk meramaikannya, dan berkatalah orang yang mengingkari bai’atnya: Apakah Ali bin Abi Talib telah melakukan bai’at?
Maka aku berkata: Beliau telah mencabutnya dari tengkuknya dan berkurang penentangan orang-orang dalam pemilihan mereka. Beliau hanya tinggal di rumah saja. Mereka memberi bai’at kepada Abu Bakar dalam keadaan benci. Ketika tersebar bai’atnya, maka kami dapat mengetahui bahwa Ali membawa Fatimah, Al-Hasan dan Al-Husain ke rumah Muhajirin dan Ansar mengingatkan mereka tentang bai’atnya dari kami pada empat tempat. Beliau mendesak mereka, lalu mereka menyediakan bantuan kepadanya diwaktu malam dan men-jauhinya diwaktu siang. Maka aku mendatangi rumahnya, berbincang untuk mengeluarkannya dari khilafah.
Sahayanya bernama Fidhdhah berkata, aku berkata kepadanya: Katakan kepada Ali: Supaya beliau keluar memberi bai’at kepada Abu Bakar dimana Muslimun telah bersepakat tentangnya. Beliau menjawab: Sesungguhnya Amirul Mukminin as sibuk. Aku berkata kepadanya: Tinggalkan perkara ini dan katakan kepadanya supaya beliau keluar.
Jika tidak, maka kami akan memasukinya dan mengeluarkannya secara paksa (wa illa dakhAl-na ‘alai-hi wa akhrajna-hu karhan). Lantas Fatimah keluar dan berdiri di balik pintu seraya berkata: Wahai orang yang sesat dan pembohong! (Ayyuha dh-Dhaalluun wa al-Mukazzibuun). Apakah yang kamu katakan? Apa yang kamu mau? Maka aku berkata: Wahai Fatimah! Fatimah berkata: Apakah yang anda mau wahai Umar? Maka aku berkata: Apakah gerangan yang terjadi pada sepupu ayah anda, sehingga anda yang menja-wabnya, dan beliau hanya duduk di balik dinding?
Beliau berkata kepadaku: Celaka anda. Beliau telah menyuruhku keluar. Maka, beliau mesti mengukuhkannya dengan hujah. Setiap yang sesat pasti menipu. Aku berkata: Tinggalkanlah segala kebatilan anda dan cerita-cerita dongeng perempuan (seluruh semesta). Katakan kepada Ali supaya beliau keluar. Fatimah berkata: Tidak ada kasih dan kehormatan.
Apakah dengan partai Setan anda menakut-nakuti aku, wahai Umar? Partai Setan adalah lemah. Maka aku berkata: Jika beliau tidak keluar, aku akan membawa kayu bakar dan aku akan menyalakan api ke atas keluarga rumah ini dan membakar mereka yang ada di dalamnya (In lam yakhruj ji’tu bi al-hatabi al-jazal wa adhramtu-ha naran ‘ala ahli hadha al-Bait wa ahriqu man fi-hi) atau Ali dibawa untuk melakukan bai’at! Aku mengambil cemeti Qunfudh, maka akupun memukul(nya). Aku berkata kepada Khalid: Anda dan orang-orang kita hendaklah beramai-ramai mengumpulkan kayu api. Aku berkata: Sesungguhnya aku akan menyalakannya (Inni mudhrimu-ha).
Fatimah berkata: Wahai musuh Allah, musuh Rasul-Nya, dan musuh Amirul Mukminin! Maka aku memukul tangan Fatimah dari pintu, karena beliau melarangku membukanya. Aku mendorongnya, karena ia menyusahkan aku. Maka, aku memukul dua tangannya dengan cemeti, lalu ia kesakitan.
Aku mendengar jeritan dan tangisannya. Aku hampir-hampir berlemah lembut padanya dan berpaling dari pintu, tetapi aku teringat dendam kesumat Ali, keterlibatannya dalam pembunuhan pemuka-pemuka Arab, tipu daya Muhammad dan sihirnya (wa kaida Muhammad wa sihri-hi), maka akupun menendang pintu itu. Perutnya melekat di pintu. Aku mendengar jeritannya dan sepertinya menggemparkan seluruh Madinah (Ibid ).
Beliau berkata: Wahai bapaku, wahai Rasulullah! Begitukah beliau (Umar) memperlakukan kekasihmu dan puterimu. Wahai Fiidhdhah! Peganglah aku, demi Allah, sesungguhnya kandunganku telah dibunuh (Fa-qad wa Llahi, Qutila ma fi-Ihsya‘i min hamlin). Aku mendengarnya merintih dalam keadaan beliau tersandar di dinding. Aku mendorong pintu dan memasukinya. Maka beliau berhadapan denganku dengan muka yang tertutup dari penglihatanku.
Fatimah menepuk tudung dua pipinya, lalu terputuslah anting-antingnya dan jatuh bertaburan di tanah. Ali pun keluar. Ketika kusadari kedatangannya, aku pun segera keluar rumah dan aku berkata kepada Khalid dan Qunfudh serta mereka yang bersama mereka berdua: Aku selamat dari perkara yang besar (Najautu min amrin ‘Azim).
Dalam riwayat yang lain: Aku telah melakukan jenayah yang besar dimana diriku tidak terasa selamat dengannya. Ini Ali keluar dari rumah di mana aku dan kamu tidak ada daya melawannya. Maka Ali pun keluar, sedangkan dua tangan Fatimah diangkat untuk menga-dukan pukulan terhadapnya; memohon kepada Allah Yang Maha Besar atas apa yang telah terjadi. Ali meletakkan kain lembut ke atasnya dan berkata kepadanya: Wahai puteri Rasulullah! Sesungguhnya Allah telah mengutus bapak anda sebagai rahmat kepada seluruh alam.
Demi Allah, sekiranya anda membuka kepala anda memohon kepada Allah Azza wa Jalla untuk membinasakan makhluk ini, niscaya Dia menyahuti permohonan anda, sehingga tidak ada lagi manusia di muka bumi ini. Karena anda dan bapak anda lebih besar di sisi Allah dari Nuh as di mana tenggelam karenanya semua orang di muka bumi dan di bawah langit, selain dari mereka yang berada di dalam bahteranya. Dan Dia telah membinasakan kaum Hud, karena mereka telah membohonginya.
Dia membinasakan kaum ‘Aad dengan angin yang kencang. Anda dan bapak anda lebih besar kemampuan dari Hud. Dia menyiksa kaum Thamud sebanyak dua belas ribu orang, karena mereka membunuh unta betina. Justru itu, Jadilah anda -wahai penghulu wanita- sebagai rahmat ke atas makhluk ini, dan janganlah anda menjadi penyebab azab.
Perutnya bertambah sakit, lalu beliau memasuki rumah dan mela-hirkan janin. Kemudian Ali menamakannya: Muhsin.
Aku mengumpulkan orang-orang, bukan karena membanyakkan jumlah mereka untuk menentang Ali, tetapi untuk menguatkan mereka dan aku telah datang -ketika beliau dikepung- maka aku mengeluarkannya dari rumahnya dengan paksaan dan ditawan, kemudian aku menyeretnya supaya memberi bai’at. Sesungguhnya aku mengetahui dengan yakin, tanpa ragu padanya bahwa jika aku dan semua mereka yang ada di muka bumi ini berusaha sekeras-kerasnya untuk memaksanya, niscaya kami tidak mampu memak-sanya. Tetapi beliau lebih mengetahui tentang dirinya. Ketika aku tiba di Saqifah Bani Sa‘idah, Abu Bakar berdiri, dan mereka yang hadir bersamanya mempermainkan Ali (Ibnu Qutaibah, Al-Imamah wa As-Siyasah, I, hlm.14-16).
Lantas Ali berkata: Wahai Umar! Apakah kamu mau aku memper-cepat apa yang aku tangguhkan untuk kamu?
Aku berkata: Tidak, wahai Amirul Mukminin! Khalid bin Al-Walid mendengarku, demi Tuhan, lalu beliau bersegera pergi kepada Abu Bakar. Abu Bakar berkata kepadanya: Apakah kaitanku dengan Umar…sebanyak tiga kali, orang-orang juga mendengar.
Ketika beliau memasuki Al-Saqifah, Abu Bakar berlembut kepadanya. Maka aku berkata kepadanya: Anda telah memberi bai’at wahai Abul Hasan! Beliau pun berpaling, dan memberi penyaksian bahwa beliau tidak memberi bai’at kepadanya, dan tidak pula mengulurkan tangannya kepadanya. Aku benci menuntutnya supaya melakukan bai’at, nanti beliau akan mempercepat apa yang beliau tangguhkan padaku. Abu Bakar mau jika beliau tidak melihat Ali di tempat itu, karena takut dan geram kepadanya. Ali kembali dari Al-Saqifah dan kami bertanya tentangnya. Mereka berkata: Beliau pergi ke kubur Muhammad lalu duduk di sampingnya. Aku dan Abu Bakar berdiri di sampingnya. Kami datang berjalan dan Abu Bakar barkata: Celaka anda wahai Umar! Apakah yang anda lakukan kepada Fatimah? Ini, demi Tuhan, adalah kerugian yang nyata. Aku berkata: Sesung-guhnya perkara yang paling besar atas kamu bahwa beliau tidak memberi bai’at kepada kita, dan aku tidak percaya orang-orang menolaknya. Beliau berkata: Apakah yang akan anda lakukan?
Aku berkata: Anda berpura-pura bahwa beliau memberi bai’at kepada anda di sisi kubur Muhammad. Maka kami mendatanginya dan beliau menjadikan kubur sebagai kiblat dalam keadaan menyandarkan tapak tangannya di atas tanah. Dan di sampingnya Salman, Abu Dzar, Al-Miqdad, Ammar, dan Huzaifah bin Al-Yaman. Maka, kami pun duduk di sampingnya. Aku mengusulkan kepada Abu Bakar supaya meletakkan tangannya sebagaimana Ali meletakkannya dan mengakui khilafah dari tangannya.
Maka beliau melakukannya. Aku mengambil tangan Abu Bakar untuk menyapukan tangannya ke atas tangannya (Ali as) Dan aku berkata: Sesungguhnya beliau memberi bai’at. Ali memegang tangannya, maka aku dan Abu Bakar berdiri dan aku berkata: Allah akan membalas kebaikan kepada Ali, karena beliau tidak melarang dirinya dari memberi bai’at kepada anda. Ketika aku menghadiri kubur Rasulullah Saw, tiba-tiba Abu Dzar Jundab bin Junadah Al-Ghifari melompat dan teriak serta berkata: Demi Tuhan! Wahai musuh Allah! Ali tidak akan memberi bai’at kepada Atiq. Begitulah seterusnya, setiap kali kami bertemu dengan orang-orang, kami memberitahukan mereka tentang bai’at Ali kepada Abu Bakar, tetapi Abu Dzar mendustakan-nya (Ibnu Qutaibah, Al-Imamah wa As-Siyasah, I, hlm. 14-16).
Demi Tuhan, beliau tidak pernah memberi bai’at kepada kami pada masa pemerintahan Abu Bakar, pada masa pemerintah-anku dan pada masa khalifah setelahku. Sebanyak dua belas orang lelaki tidak pernah memberi bai’at kepada Abu Bakar dan kepadaku. Siapakah yang mencontoh -Wahai Mu‘awiyah- perbuatanku dan siapakah yang bermusyawarah dengan musuh-musuhnya selain dariku? Adapun anda, bapak anda Abu Sufyan dan saudara anda Uthbah, maka aku mengetahui kebohongan kamu kepada Muhammad Saw, tipu dayanya, kelakuannya dan tuntutannya di gua Hira’ untuk membunuhnya.
Beliaulah yang telah mengumpulkan Al-Ahzab untuk memeranginya dengan menunggang unta, bapak anda memimpin perang Al-Ahzab serta kata-kata Muhammad: Allah melaknati si penunggang, pemandu dan penarik. Bapak anda penunggang, saudara anda pemandu, dan anda adalah penarik.
Aku tidak melupakan ibu anda Hindun. Beliau berjuang dengan seorang lelaki yang kejam, hingga beliau membunuh Hamzah yang mereka juluki Asadur Rahman (Singa Yang Maha Pemurah) di bumi-Nya.
Beliau menikamnya dengan lembing. Beliau membelah perutnya dan mengambil hatinya serta membawanya kepada ibu anda. Maka, Muhammad dengan sihirnya menyangka bahwa apabila beliau memasukkan ke mulutnya untuk dimakan, ia menjadi batu.
Maka, Muhammad dan para Sahabatnya menjulukinya: Akilatul Akbad (Pemakan hati). Kata-kata syairnya untuk menggelorakan permusuhan terhadap Muhammad dan memeranginya:
Kami adalah anak-puteri Tariq
kami berjalan di atas banta
Seperti mutiara di leher
Seperti Miski di tengah kepala
Jika diterima kami peluk
Jika ditolak kami berpisah dengan permusuhan.
Kelihatan perempuannya dengan pakaian kemerahan,
muka dan kepala mereka terserlah
bersedia memerangi Muhammad.
Sesungguhnya kamu tidak tunduk dengan suka rela (Tau‘an). Sesung-guhnya kamu tunduk secara terpaksa (Karhan) dihari Pembukaan Makkah, maka beliau (Muhammad Saw) telah menjadikan kamu, saudaraku Zaid, Aqil saudara Ali bin Abi Talib dan Al-Abbas bapak saudara mereka Tulaqa’ (Ibnu Al-Atsir, Al-Kamil fi Al-Tarikh, iii, hlm. 46-8).
Bapak anda berkata: Demi Tuhan, Wahai Ibnu Abi Kabsyah! Aku akan memenuhi kuda-kuda dan balatentera menentang anda. Muhammad berkata: Diberitahu kepada orang-orang bahwa sesungguhnya beliau telah mengetahui apa yang ada pada dirinya atau Allah mencukupi syirik Abu Sufyan! Beliau memperlihatkan kepada umat bahwa tidak ada seorang pun yang tinggi selain dariku, Ali dan orang yang setelahnya dari Ahlul Baitnya. Maka sihirnya gagal dan sia-sialah usahanya.
Abu Bakar telah mendapatkannya (kekhalifahan) dan aku setelahnya. Aku berharap, wahai Bani Umayyah, supaya kamu menjadikannya sebagai perayaan.
Justru itu, aku telah melantik anda dan aku menentang sabdanya (Muhammad Saw). Aku tidak pedulikan karangan syairnya bahwa beliau berkata: Diwahyukan kepadaku wahyu dari Tuhanku di dalam Firman-Nya, “Dan pohon kayu yang dilaknati di dalam Al-Qur’an”. Maka beliau menegaskan bahwa “pohon yang dilaknati itu” adalah kalian Bani Umayyah.
Beliau menerangkan permusuhannya terhadap kamu sebagaimana Hasyim dan anak-anaknya adalah musuh Bani Abdu Syams.
Aku -berserta peringatanku kepada anda- Wahai Mu‘wiyah! menasihati anda, karena belas kasihku kepada anda, dan keresahan jiwa anda supaya anda mempercepat apa yang aku wasiatkan kepada anda tentang pelaksanaan syariat Muhammad Saw dan umatnya, supaya anda menjelaskan kepada mereka tuntutannya dengan cacian atau bergembira karena kematian atau menolak apa yang dibawanya. Atau menyepelekan apa yang dibawanya, niscaya kamu akan termasuk orang yang binasa.
Anda merendahkan apa yang anda angkat, anda meruntuhkan apa yang anda bina. Berhati-hatilah anda jika anda memasuki Masjid Muhammad, dan mimbarnya. Benarkan Muhammad apa yang beliau bawa. Tampakkan ia pada zahir. Zahirkanlah keperihatinan anda terhadap rakyat anda. Berlakulah dengan baik terhadap mereka. Berikan kepada mereka hadiah. Laksanakanlah hukum hudud pada mereka dan gandakanlah jenayah mereka karena Muhammad. Janganlah anda memperlihatkan kepada mereka bahwa anda meninggalkan hukum Allah. Janganlah anda menentang fardhu. Janganlah anda mengubah Sunnah Muhammad, niscaya umat akan merusak kita. Bahkan lakukan kepada mereka menurut sikon.
Bunuhlah mereka dengan tangan mereka. Perkuatlah mereka dengan pedang-pedang mereka. Berlembutlah terhadap mereka. Layanilah mereka dengan baik di majelis anda. Muliakanlah mereka di rumah anda. Bunuhlah mereka melalui pemimpin mereka. Zahirkan muka manis, bahkan tahan kemarahan anda. Maafkan mereka, niscaya mereka akan mengasihi anda dan mentaati anda. Perlawanan Ali dan kedua anaknya Al-Hasan dan Al-Husain membuat kita tidak aman (Lihat, misalnya, Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ Al-Mawaddah, hlm. 148-9).
Jika anda dapat menyediakan kelengkapan, maka bersegeralah dan janganlah merasa puas dengan perkara yang kecil. Tingkatkan pada perkara yang besar. Jagalah wasiatku dan janjiku kepada anda. Sembunyikan dan jangan sekali-kali menzahirkannya (wa khfi-hi wa la tubdi-hi). Contohlah urusanku dan laranganku. Dan bangkitlah dengan ketaatan kepadaku.
Jauhilah anda dari perselisihan denganku. Ikutlah jalan pendahulu anda. Tuntutlah dendam anda. Hapuskanlah kesan-kesan mereka.
Sesungguhnya aku telah mengeluarkan kepada anda rahasia hatiku secara terang-terangan dan aku telah mengiringinya dengan kata-kataku:
Mu‘awiyah sesungguhnya umat telah besar urusan mereka
Dengan dakwah mereka meliputi muka bumi ini
Aku cenderung kepada agama mereka, tetapi ia tidak menyakinkanku
Aku menjauhi agama yang telah memecahkan belakangku
Jika aku lupa, aku tidak akan melupakan Al-Walid, Syaibah, Uthbah, dan Al-Ash di Badar
Di bawah kecintaan hati telah menggigit karena ketiadaan mereka
Oleh Abu Al-Hakam; aku maksudkan yang hina dari kemiskinan
Mereka itu, maka tuntutlah -Wahai Mu‘awiyah- dendam mereka
Dengan menghunuskan pedang Hindun
Hubungilah lelaki Syam secara keseluruhan
Mereka adalah singa sementara yang lain senang dimusnahkan
Bertawassullah dengan cara mencampur-adukkan agama
Yang telah mendatangi kita waktu silam mereka namakan sihir
Menuntut dendam yang berlalu kepada anda secara terang-terangan
Karena agama meliputi Bani Nadhir
Anda tidak dapat membalas dendam kecuali dengan agama mereka
Anda dibunuh dengan pedang mereka adalah yang baik dari Bani Nadhir
Maka, aku melantik kamu menjadi gubernur Syam dengan harapan
Anda layak kembali kepada Sakhar.
Beliau berkata: “Ketika Abdullah bin Umar selesai membaca per-janjian Surat tersebut, beliau berdiri di sisi Yazid, lalu beliau mengucup kepalanya. Dan beliau berkata: Segala puji untuk Allah -wahai Amirul Mukminin!- karena anda telah membunuh Al-Syari Ibnu Al-Syari (Husain bin Ali as). Demi Allah! Bapaku tidak mengeluarkan (isi hatinya) kepadaku sagaimana beliau menegeluarkannya kepada bapak anda.
Demi Allah, tidak seorang pun dari kelompok Muhammad yang melihatku, akan suka dan meredhaiku.”
Maka Yazid memberi hadiah yang berharga kepadanya dan mengi-ringinya dengan penuh hormat. Abdullah bin Umar pun keluar di sisinya dalam keadaan gembira ria.
Orang-orang berkata kepadanya: “Apakah yang beliau katakan kepada anda?” Abdullah bin Umar berkata: Perkataan yang benar (Qaulan sadiqan lau wadad-tu inni kuntu musyarika-hu fi-hi). Aku mau jika aku bersekutu dengannya (Yazid) mengenainya (pembunuhan Al-Husain bin Ali as). Beliau berjalan pulang ke Madinah, dan jawaban yang diberikan kepada mereka yang bertemu dengannya sama”.
Kesimpulan
Surat Khalifah Umar bin Al-Khattab kepada Mu‘awiyah bin Abu Sufyan mempunyai keistimewaan tersendiri dari berbagai sudut, di mana pembaca dapat menilainya sendiri. Tidak dapat dinafikan bahwa peristiwa Karbala’ telah menjadi penyebab pengungkapan surat tersebut, karena Yazid bin Mu‘awiyah ingin memadamkan dukungan Abdullah bin Umar terhadap kesyahidan Al-Husain bin Ali as yang akan menyumbang kejatuhan kerajaannya dengan mengemukakan surat rahasia yang ditulis oleh bapaknya Khalifah Umar kepada bapaknya Yazid, Mu‘awiyah.
Nampaknya pengungkapan surat tersebut berhasil mengubah pendirian Abdullah bin Umar atas peristiwa Karbala’. Justru itu, isi surat tersebut hendaklah dilihat dari aspek ketuhanan, kerasulan, kecintaan kepada Ahlul Bait as dan lain-lain, karena ia menjadi penilai hakiki bagi seorang Muslim. Allah lebih mengetahui segala-galanya.

Kamis, 19 Juli 2012

HADIST-HADIST KEMBAR KEUTAMAAN SAHABAT

HADIST-HADIST KEMBAR KEUTAMAAN SAHABAT

Berikut ini sebagian diantara sekian banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Ahlus Sunnah dan disebut dalam kitab-kitab mereka tentang keutamaan sahabat yang merupakan hasil penjiplakan/plintiran/pemalsuan dari hadist-hadist keutamaan Imam Ali bin Abi Thalib as, Fatimah, Ahlul Bait, yang dinisbahkan kepada Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah, dan sahabat-sahabat yang lain:

1. Sekretaris Rasul dalam perjanjian Hudaibiyah
Imam Ahmad bin Hanbal dalam al-Manaqib, Ibnu Rahwaih dalam al-Musnad, dan Abdu al-Razaq dalam Mushannaf meriwayatkan dari Muammar, “Aku bertanya kepada Zuhri tentang orang yang menjadi sekretaris Rasul Saw dalam Perjanjian Hudaibiyah. Dia tertawa dan menjawab, “Dia adalah Ali. Tetapi, bila engkau bertanya kepada Bani Umayyah, mereka akan mengatakan bahwa Usmanlah orangnya.”[1]

2. Hadist al-Manzilah
Hadist al-Manzilah yang diriwayatkan secara mutawatir untuk Ali as dalam kitab-kitab Ahlus Sunnah (apalagi dalam kitab-kitab Syiah). Namun hadist ini mereka nisbahkan kepada Abu Bakar dan Umar.[2]

3. Peristiwa mubahalah
Tentang peristiwa mubahalah, mereka mengatakan bahwa Nabi Saw mengumpulkan Abu Bakar, Umar dan Ahlul Baitnya.[3]

4. Hadist kota dan pintu ilmu
Hadist kota dan pintu ilmu yang disepakati berhubungan dengan Ali as, tapi mereka meriwayatkannya dari Ismail bin Ali al-Mutsanna Astar Abadi dengan redaksi, “Aku adalah kota ilmu, Abu Bakar adalah pondasinya, Umar adalah temboknya, Usman adalah atapnya, dan Ali adalah pintunya.” Ketika ditanya tentang sanadnya, Ismail berjanji akan menye-butkannya. Tentang pribadi Ismail, dalam al-Ansab, as-Sam’ani berkomentar, “Dialah seorang pembohong anak pembohong.” An-Nakhbatsi berkata, “Dia gemar berdongeng dan berdusta.”[4] Dalam al-Fatawa, Ibnu Hajar berkata, “Hadist: Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya diriwayatkan oleh sekelompok ahli hadist dan dianggap shahih oleh al-Hakim dan hasan oleh al-Ala’i dan Ibnu Hajar.”[5] Tentang hadist, “Aku adalah kota ilmu dan Abu Bakar adalah pondasinya…”, Ibnu Hajar berkata, “Hadist ini diriwayatkan oleh penulis Musnad al-Firdaus dan diikuti oleh anaknya secara marfu dari Ibnu Mas’ud. Ini adalah hadist yang lemah seperti hadist, “Aku adalah kota ilmu, Ali adalah pintunya, dan Muawiyah adalah lingkarannya.”[6]

5. Kisah penciptaan Rasulullah Saw dan Ali
Hadist tentang penciptaan Muhammad dan Ali dari satu tanah. Dalam kitab al-Futuh, Ibnu A’tsam, jilid I, hlm. 269, bab “Peristiwa Perang Shiffin” yang diriwayatkan dari Muawiyah. Ath-Thabrani meriwayatkannya dengan redaksi berikut, “Ali adalah bagian dari diriku dan aku adalah bagian dari dirinya. Dia diciptakan dari tanahku.”[7] Namun mereka meriwayatkan hadist ini berkenaan dengan Abu Bakar dan Umar.[8] Kelemahan dan kepalsuan hadist itu dinukil dari al-Hafadh.[9] Juga dikatakan bahwa Ibnu Jauzi mengkategorikan hadist ini sebagai palsu.

6. Orang shaleh dari kalangan mukminin
Penyelewengan ayat: Orang shaleh dari kalangan mukminin (ath-Tahrim: 4).[10] Bahkan mereka meriwayatkan bahwa yang dimaksud dalam ayat itu adalah Abu Bakar dan Umar sekaligus, dan dalam riwayat lain disebutkan bahwa dia adalah Umar.[11]

7. Ali dalam pandangan Allah Swt
Hadist riwayat dari Muaz, “Sesungguhnya Allah di langit tidak suka melihat Ali disalahkan di bumi.”[12] Diselewengkan dalam al-Firdaus bi Ma’tsur al-Khitab cetakan Dar al-Kitab al-Arabi, jilid I, hlm. 201, hadist ke 591 serta dinisbahkan kepada Abu Bakar. Ibnu Jauzi mengo-mentarinya sebagai hadist palsu.[13]

8. Ali dan Fatimah manusia yang paling dicintai oleh Rasulullah Saw
Hadist: “Manusia yang paling dicintai Rasul adalah Ali dan Fatimah”, yang diriwayatkan dari beberapa jalur, diselewengkan oleh mereka dengan meriwayatkan dari Amr bin Ash bahwa dia bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling anda cintai?” “Aisyah”. “Lalu, siapa dari kalangan lelaki?” “Abu Bakar.”[14]

9. Orang yang pertama keluar dari perut bumi
Hadist: “Orang yang pertama kali keluar dari perut bumi…” berkenaan dengan Ali. Rasul Saw bersabda, “Allah memberiku keutamaan bahwa aku dan engkau (wahai Ali) adalah manusia pertama yang keluar dari perut bumi di hari kiamat.”[15] Juga diriwayatkan sabda beliau, “Aku adalah orang pertama yang keluar dari perut bumi dan engkau (Ali) akan bersamaku.”[16] Al-Baghdadi meriwayatkannya dengan redaksi berikut, “Engkau (Ali) adalah orang pertama yang keluar dari perut bumi dihari kiamat.”[17] Abu Nu’aim menukilnya dengan redaksi berikut, “Ali adalah orang pertama yang membersihkan debu dari kepalanya dihari kiamat.”[18] Rasul Saw juga bersabda, “Wahai Ali, kuberitahu kepadamu bahwa engkau akan diberi pakaian ketika aku diberi pakaian, engkau akan dipanggil ketika aku dipanggil, dan akan dihidupkan ketika aku dihidupkan.”[19] Umar meriwayatkan, “Wahai Ali, tanganmu ada di tanganku, dan kita akan memasuki surga bersama-sama dihari kiamat.”[20] Al-Baghdadi meriwayatkan, “Ini (Ali) adalah orang pertama yang berjabat tangan denganku dihari kiamat.”[21] Namun, mereka meriwayatkannya berkenaan dengan Abu Bakar dan Umar.[22]

10. Ali dalam perang Khandaq
Hadist neraca timbangan dalam perang Khandaq yang masyhur berkaitan dengan Ali, namun diriwayatkan oleh mereka berkenaan dengan Abu Bakar dan Umar.[23]

11. Kebenaran bersama Ali dan Ali bersama kebenaran
Hadist: “Kebenaran bersama Ali dan ia bersama kebenaran” diriwayatkan bagi Umar dengan redaksi berikut, “Kebenaran setelahku bersama Umar dimana pun dia berada.”[24]

12. Sembilan per sepuluh ilmu dimiliki Ali
Hadist: “Ilmu ada sepuluh bagian dan sembilannya dimiliki Ali”, namun oleh mereka dinisbahkan kepada Umar. Ibnu Mas’ud berkata, “Menurutku, ketika Umar meninggal, sembilan per sepuluh ilmu ikut diangkat bersamanya.”[25]

13. Ali dan Fatimah berada satu derajat dengan Rasul dihari kiamat
Hadist bahwa Ali dan Fatimah berada satu derajat dengan Rasul Saw dihari kiamat,[26] diselewengkan oleh mereka dengan menisbahkannya kepada Abu Bakar.[27]

14. Ali Manusia terbaik setelah Rasulullah
Hadist yang diriwayatkan dari Abdullah bin Dawud al-Wasithi dari Abdurrahman bin Jabir dari Abu Bakar bahwa Umar berkata kepadanya, “Wahai manusia terbaik setelah Rasulullah.” Abu Bakar berkata, “Bila kau mengatakan itu, aku juga telah mendengar Rasulullah bersabda bahwa di muka bumi ini tidak ada orang yang lebih baik dari Umar.”[28] Padahal riwayat mutawatir menyatakan bahwa Ali as adalah manusia terbaik setelah Rasul Saw dan orang yang mengingkari kenyataan ini berarti telah kafir. Selain itu, Abdullah dianggap lemah oleh ulama rijal dan mereka juga meragukan Abdurrahman. Mengomentasi hadist di atas, adz-Dzahabi berkata, “Hadist ini mirip dengan hadist buatan.”[29]

15. Ali orang pertama yang masuk surga
Hadist yang diriwayatkan oleh Umar bahwa Ali adalah orang pertama yang masuk surga, “Wahai Ali, engkau bergandengan tangan denganku dan kita bersama-sama masuk surga.”[30] Namun, hadist ini dinisbahkan kepada Abu Bakar.[31]

16. Wasiat Rasulullah menjelang wafatnya (tragedi hari Kamis)
Hadist tinta dan pena yang berhubungan dengan masa menjelang wafatnya Rasulullah Saw, dikaitkan dengan Abu Bakar. Hadist menurut versi mereka adalah bahwa Rasul Saw bersabda, “Bawakan tinta dan pena kepadaku untuk aku menulis wasiat bagi Abu Bakar, sehingga umatku tidak akan bertikai sehubungan dengannya.”[32] Bila hadist ini benar adanya, mengapa Umar memprotes dan mengatakan bahwa Nabi Saw telah mengigau? Kecuali, bila kita katakan bahwa Umar menginginkan wasiat itu untuknya.

17. Ali berwudhu dengan wadah dari emas yang dibawa malaikat Jibril as
Hadist tentang Ali yang berwudhu dengan wadah terbuat dari emas yang dibawa Jibril,[33] dinisbahkan kepada Abu Bakar.[34] Dikatakan bahwa al-Hifadh menganggap hadist ini buatan.

18. Ali lebih dikenal di langit ketimbang di bumi
Hadist bahwa Ali lebih dikenal di langit ketimbang di bumi,[35] dinisbahkan kepada Abu Bakar.[36] Al-Hifadh menganggapnya sebagai hadist buatan.[37] Juga dikatakan bahwa al-Hifadh tidak menerima hadist ini.

19. Nama Ali bersanding dengan nama Muhammad
Hadist tentang keberadaan nama Ali bersama nama Muhammad di langit, juga dihubungkan kepada Abu Bakar dan Umar, bahkan Usman.[38] Al-Hifadh menganggapnya sebagai hadist palsu.[39] Sebagian perawinya dianggap lemah.[40] Juga dikatakan bahwa al-Hifadh tidak menerima hadist ini.

20. Iman yang dimiliki Ali melebihi iman seluruh dunia
Hadist bahwa iman Ali melebihi iman seluruh manusia, mereka kaitkan dengan Abu Bakar.[41] Dikatakan bahwa hadist ini tidak shahih.

21. Buah apel tempat bidadari keluar adalah milik Ali
Hadist bahwa apel yang bidadari surga keluar darinya adalah milik Ali,[42] dinisbahkan kepada Usman,[43] yang juga disebut sebagai hadist buatan,[44] dan dinukil dari Ibnu Jauzi bahwa dia menganggapnya sebagai hadist dha’if. Ibnu Hajar dalam al-Mizan berkomentar, “Ini hadist palsu.” Sementara Ibnu Hibban berkata, “Tidak diketahui asal-usulnya.”

22. Ali adalah wali (yang mewakili) Rasul Saw di dunia dan akhirat
Hadist: “Engkau adalah waliku di dunia dan akhirat” dikaitkan dengan Usman,[45] dan disebut sebagai hadist buatan.[46] Di catatan kakinya ditulis bahwa Ibnu Jauzi menukilnya dalam al-Maudhuat dan berkomentar bahwa hadist ini tidak jelas asalnya.[47] Dikatakan juga bahwa Ibnu Jauzi menganggapnya hadist palsu, dan Ibnu Hibban menyebutnya “dha’if”.

23. Allah Swt tidak mencela Ali dalam hal apa pun
Hadist bahwa Allah tidak mencela Ali dalam hal apa pun, namun mencela sahabat lain,[48] dinisbahkan kepada Abu Bakar.[49]

24. Ali yang membunuh Marhabah
Hadist bahwa Ali-lah yang membunuh Marhabah yang diriwayatkan oleh Muslim dan al-Hakim, dan mengatakan bahwa hadist mutawatir menyebutkan bahwa Ali adalah pembunuh Marhabah,[50] dinisbahkan kepada Muhammad bin Musallamah.[51]

25. Ali adalah orang yang membenarkan risalah Muhammad
Ayat: “Dan orang yang membawa kebenaran dan membenarkannya”, turun berkenaan dengan Ali,[52] tetapi dikaitkan kepada Abu Bakar[53] yang diriwayatkan oleh Musa bin Umair, padahal dia perawi yang lemah, seperti dikatakan adz-Dzahabi.[54]

26. Taman atau istana di surga adalah milik Ali
Hadist bahwa taman atau istana yang dilihat Nabi Saw di surga adalah milik Ali,[55] tapi mereka kaitkan dengan Umar.[56]

27. Ahlul Bait berada di kubah dari rubi di bawah Arsy’
Hadist bahwa Ahlul Bait as berada di kubah dari rubi di bawah Arsy,[57] dinisbahkan kepada Abu Bakar dari jalur Dzira’, si pendusta, seperti dikatakan oleh ad-Duruquthni. Ibnu Jauzi dan al-Khatib mengatakan hadist ini dha’if dan tidak diketahui asalnya.[58]

28. Ali mengenal suara Nabi Khidir as saat Rasul Saw wafat
Hadist bahwa Ali mengenal suara Khidir as ketika datang untuk berbela sungkawa saat Nabi Saw wafat, yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam al-Dalail, al-Ghazali dalam Ihya dari Ibnu Umar, Ibnu Abi Dunya dari Anas dan juga oleh al-Hakim,[59] dinisbahkan kepada Abu Bakar.

29. Hadist Mawaddah
Hadist Mawaddah yang masyhur berkenaan dengan Ali, Fatimah dan kedua putera mereka, dikaitkan kepada Abu Bakar dalam penafsiran ayat mawaddah.

30. Hadist Ahlul Bait pelindung umat
Hadist: “Ahlul Baitku adalah pelindung umatku”, al-Hakim meriwayatkan dari al-Munkadir dari ayahnya dari Nabi Saw, “… Kemudian Nabi Saw mengangkat kepalanya ke langit dan bersabda, “Bintang-bintang adalah pelindung penghuni langit. Bila bintang-bintang redup, maka langit akan hancur. Aku adalah pelindung para sahabatku. Bila aku mati, maka sahabatku akan ditimpa bencana. Ahlul Baitku adalah pelindung bagi umatku. Bila mereka tidak ada, maka bencana akan menimpa umatku.”[60] Hadist ini diselewengkan dengan redaksi: “…para sahabatku adalah pelindung umatku.”[61]

31. Bait-bait syair Fatimah
Bait-bait syair duka Fatimah yang masyhur itu, “Apa yang terjadi dengan orang yang mencium wangi tanah (kubur) Muhammad”, yang dinisbahkan kepada Aisyah[62]

32. Kezuhudan Ali dan ziarahnya
Diantaranya adalah kezuhudan Ali dan ziarahnya ke kuburan. Mufasir masyhur, Tsa’labi dan Ibnu Hibban meriwayatkan bahwa Ali as memasuki pemakaman dan berkata, “Salam atas kalian, wahai penghuni kubur, harta-harta kalian telah dibagikan…” lalu ada suara berbisik, “Waalaikum salam.”[63] Riwayat ini dinisbahkan kepada Umar.[64]

33. Detik-detik terakhir Nabi
Dalam hadist yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Ummu Salamah dikatakan bahwa Rasul Saw menghembuskan nafas terakhirnya dengan bersandar di dada Ali. Namun mereka menyelewengkannya berdasarkan riwayat Aisyah bahwa Rasul wafat dalam pangkuan Aisyah.

34. Hasan dan Husain pemimpin pemuda surga
Hadist: Hasan dan Husain dua pemimpin pemuda surga, diselewengkan oleh mereka dengan menisbahkan kepada Abu Bakar sebagai pemimpin pria dewasa di surga.

Demikian hadist-hadist kembar keutamaan sahabat yang penulis kutip dari buku “500 Ayat Untuk Ali bin Abi Thalib”, penerbit Cahaya, Jakarta, cetakan pertama September 2006, hlm. 88-92, Saqifah karya O. Hashem, dan dari berbagai sumber.

Ada banyak lagi hadist-hadist kembar yang tidak bisa saya sebutkan karena terbatasnya waktu. Hadist-hadist buatan/jiplakan/palsu tersebut tentu sangat besar pengaruhnya dalam membentuk pola pikir serta akidah umat. Ini merupakan salah satu rahasia mengapa Syaikhain (Abu Bakar dan Umar) pada masa pemerintahannya mengambil kebijakan pelarangan periwayatan hadist, dan menghukum orang yang meriwayatkan hadist Rasul, bahkan mereka memusnahkan catatan-catatan hadist baik yang ada di tangan mereka, maupun di tangan para sahabat yang lain, kecuali catatan-catatan hadist yang berada di tangan Ali bin Abi Thalib, keluarga, dan Syiah setianya yang bisa terselamatkan.

H. Fuad Hashem[65] memberi gambaran menarik “...Khalîfah Abû Bakar, menurut sejarawan adz-Dzahabî, dilaporkan membakar kumpulan lima ratus hadist, hanya sehari setelah ia menyerahkannya kepada putrinya Âisyah. “Saya menulis menurut tanggapan saya,” kata Abû Bakar, “namun bisa jadi ada hal yang tidak persis dengan yang diutamakan Nabî.”[66]

Dengan adanya pelarangan dan pemusnahan catatan-catatan hadist tersebut, maka proyek pembuatan hadist-hadist palsu keutamaan sahabat, khususnya Abu Bakar dan Umar, sekaligus pemakzulan Ali bin Abi Thalib dapat berjalan dengan lancar. O. Hashem dalam buku Saqifah[67] menulis:

“Di masa pemerintahan Bani Umayyah selama 92 tahun[68], telah dibuat banyak sekali hadist palsu yang direncanakan untuk mengucilkan Alî dan membesarkan ketiga Khulafa’ ar-Rasyidin yang lain, atas kperintah Muâwiyah, raja pertama dalam sejarah Islam. Para gubernur diwajibkan untuk menghotbahkan hadist-hadist tersebut di seluruh masjid-masjid dari “ufuk Timur ke ufuk Barat.”

Dengan demikian, biar pun hadis ini jelas shahîh, karena rangkaian isnâdnya lengkap dan nama-nama penyalur dapat dipercaya, “penyakit” masih ada, yaitu yang bersumber dari kalangan sahabat sendiri atau tâbi’în sendiri. Khotbah-khotbah itu, begitu besar pengaruhnya sehingga pernah terjadi seorang bapak mengadu kepada penguasa karena istrinya telah menghinanya dengan menamakannya Alî.[69]

Hadist-hadist ini dapat disebut “hadist penguasa” karena diorganisir oleh pelaksana peme-rintahan demi mempertahankan kedudukannya dan bersumber dari para sahabat dan tâbi’în.

Untuk memahami timbulnya hadis-hadis palsu jenis ini, perlu kita memahami sifat-sifat jahiliah yang masih tersisa di zaman sahabat. Sifat-sifat jahiliah ini tidak hanya mengakibatkan pembunuhan, pemerkosaan, pelecehan terhadap jenazah dengan mengarak kepala-kepala jenazah di jalan-jalan, perampokan, perbudakan terhadap wanita-wanita, pendongkelan mata yang dilakukan terhadap Syî’ah Alî serta pelanggaran hak-hak azasi yang begitu dilindungi oleh Islam, tetapi juga pembuatan hadis palsu yang terencana.

Abû Ja’far Al-Iskâfî menceritakan: “Muâwiyah memerintahkan para sahabat dan tâbi’în untuk membuat riwayat yang memburuk-burukkan Alî bin Abî Thâlib, menyerangnya dan memakzulkannya, di antaranya Abû Hurairah, Amr bin Âsh, Mughîrah bin Syu’bah dan di antara tabi’in Urwah bin Zubair.”[70]

Tulisan ini tidak bermaksud mempengaruhi keyakinan anda, karena hidup ini adalah pilihan dan kita bebas memilih sesuai dengan daya nalar masing-masing. Tapi yang jelas, di Yaumil Akhir nanti kita semua akan dihisab untuk mempertanggung jawabkan semua pilihan dan perbuatan di dunia■ (A.S. Mujtaba)

[1] Fadhail as-Shahabah, Ahmad bin Hanbal, jilid II, hlm. 591, 1002, bab “Manaqib Ali”; al-Mathalib al-Aliyah, jilid IV, hlm. 234, 4346, bab “Hudaibiyah”; Mushannaf, Abdu al-Razaq, jilid V, hlm. 343 hadist ke 9722.
[2] Lisan al-Mizan, jilid IV, hlm. 252, “Biografi Ali bin Hasan” dengan redaksi “Kedudukan Abu Bakar bagiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa.” Ibnu Hajar menyebutnya sebagai hadist buatan.
[3] Kanz al-Ummal, jilid II, hlm. 379, hadist ke 4306 “Tafsir Surah al-Baqarah”.
[4] Fath al-Malik al-Ali, hlm. 155-156 dari Lisan al-Mizan, jilid I, hlm. 422, “Biografi Ismail bin Ali Abu Said.“
[5] Al-Fatawa al-Haditsah, hlm. 123, cetakan pertama Mesir, tahun 1353 H.
[6] Al-Fatawa al-Haditsah, hlm. 192, cetakan pertama Mesir tahun 1353 H.
[7] Al-Mu’jam al-Ausath, jilid VII, hlm. 50, hadist ke 6082.
[8] Kanz al-Ummal, jilid XI, hlm. 567 hadist ke 3283, bab “Keutamaan Sahabat”, tentang Abu Bakar; al-Fawaid al-Majmu’ah, hlm. 339, bab “Keutamaan Empat Khalifah”, hadist ke 28.
[9] Al-Laali al-Mashnu’ah, jilid I, hlm. 309, bab “Keutamaan Empat Khalifah”.
[10] Kanz al-Ummal, jilid II, hlm. 539, hadist ke 4675; Tafsir Ibnu Katsir, jilid IV, hlm. 441; al-Tarif wa al-A’lam, as-Suhaili, hlm. 133; Syawahid ath-Tanzil, jilid II, hlm. 341, hadist ke 981; Majma’ al-Zawaid, jilid IX, hlm. 194 cetakan Mesir tahun 1352 H; Buhyah al-Raid fi Tahqiq Majma’ al-Zawaid, jilid IX, hlm. 311, hadist ke 115143 bab “Manaqib”.
[11] Al-Mahasin wa al-Masawi, al-Baihaqi, jilid 38, bab “Keutamaan Umar”; Majma’ al-Zawaid, jilid IX, hlm. 52 cetakan Mesir tahun 1352 H; Bughyah al-Raid fi Tahqiq Majma’ al-Zawaid, jilid IX, hlm. 38, hadist ke 14339, bab “Manaqib”. Sebagian perawinya dianggap lemah.
[12] Dinukil oleh Ad-Dailami dalam al-Firdaus bi Ma’tsur al-Khitab, jilid I, hlm. 159, hadist ke 587 cetakan Dar al-Kutub al-Ilmiyah.
[13] Al-Laali al-Mashnu’ah, jilid I, hlm. 300, bab “Keutamaan Empat Khalifah.”
[14] Al-Mu’jam al-Kabir, jilid XXIII, hlm. 43, hadist ke 3190, “Biografi Aisyah”, bab “Aisyah Melihat Jibril”.
[15] Al-Tadwin fi Akhbar Qazwin, jilid II, hlm. 126, “Biografi Ibrahim bin Muhammad bin Abdullah bin Juhainah”.
[16] Jilid III, hlm. 419, “Biografi Ali bin Muhammad al-Bayari”.
[17] Tarikh Baghdad, jilid V, hlm. 100.
[18] Tarikh Isbahan, jilid I, hlm. 362.
[19] Fadhail as-Shahabah, Ahmad bin Hanbal, jilid II, hlm. 664, hadist ke 1131 “Keutamaan Ali”.
[20] Talkish al-Mutasyabih fi al-Rasm, al-Khatib, jilid I, hlm. 37 no. 27 pasal pertama.
[21] Tarikh Baghdad, jilid IX, hlm. 460.
[22] Al-Mu’jam al-Kabir, jilid XII, hlm. 235 “Biografi Ibnu Umar”.
[23] Al-Mu’jam al-Kabir, jilid X, hlm. 86 “Biografi Muaz bin Jabal”, bab “Riwayat Abu Idris Khulani dari Muaz”; Ilya Ulum ad-Din, jilid I, hlm. 52, bab kelima tentang “Adab Pelajar”; al-Mahasin wa al-Masawi, bab “Keutamaan Abu Bakar.”
[24] Al-Mu’jam al-Kabir, jilid VIII, hlm. 281 “Biografi Fadhl bin Abbas”, bab “Riwayat Atha’ dari Ibnu Abbas darinya.”
[25] Al-Mu’jam al-Kabir, jilid VIII, hlm. 9163, hadist ke 8810, “Biografi Ibnu Mas’ud”; al-Thabaqat al-Kubra, jilid II, hlm. 256, bab “Sahabat Rasul Saw Berfatwa di Madinah”.
[26] Kanz al-Ummal, jilid XIII, hlm. 639, hadist ke 37612, bab “Keutamaan Ahlul Bait”; Majma’ al-Zawaid, jilid IX, hlm. 169 cetakan Mesir tahun 1352 H; Bughyah al-Raid fi Tahqiq Majma’ al-Zawaid, jilid IX, hlm. 268-269, 271, 276 hadist ke 14991, 15003, 15002, bab “Manaqib”.
[27] Hilyah al-Auliya, jilid II, hlm. 33, “Biografi Abu Bakar”; Tharikh al-Khamis, jilid I, hlm. 327.
[28] Al-Mustadrak, al-Hakim, jilid III, hlm. 90, bab “Keutamaan Umar”; Majma’ al-Zawaid, jilid IX, hlm. 44 cetakan Mesir tahun 1352 H; Buhgyah al-Raid fi Tahqiq Majma’ al-Zawaid, jilid IX, hlm. 24, 40, hadist ke 14314, 14357, bab “Manaqib”. Sebagian perawinya dianggap lemah dan sebagian lainnya disebut pembohong.
[29] Talkish al-Mustadrak, jilid III, hlm. 90, bab “Keutamaan Umar”.
[30] Talkish al-Mutasyabih fi al-Rasm, al-Khatib, jilid I, hlm. 37 no. 27 pasal pertama.
[31] Lawami’ al-Anwar al-Bahiyah, jilid II, hlm. 316, bab “Keutamaan Abu Bakar”.
[32] Al-Tabyin fi Ansab al-Quraisyin, hlm. 273 – Abu Bakar.
[33] Manaqib Ibnu al-Maghazili, hlm. 79 cetakan Beirut, hlm. 94, hadist ke 139 cetakan Najaf.
[34] Al-Fawaid al-Majmu’ah, hlm. 331, bab “Keutamaan Empat Khalifah”, hadist ke 2 dan disebut sebagai hadist palsu; al-Laali al-Mashnu’ah, jilid I, hlm. 289 “Keutamaan Empat Khalifah.”
[35] Kanz al-Fawaid, hlm. 260.
[36] Al-Fawaid al-Majmu’ah, hlm. 332, bab “Keutamaan Empat Khalifah.”
[37] Al-Laali al-Mashnu’ah, jilid I, hlm. 294, bab “Keutamaan Empat Khalifah”.
[38] Al-Fawaid al-Majmu’ah, hlm. 333, 339, 342, bab “Keutamaan Empat Khalifah”, hadist ke 12, 27, 38.
[39] Majma’ al-Zawaid; jilid IX; hlm. 41 cetakan Mesir tahun 1352 H; Buhgyah al-Raid fi Tahqiq Majma’ al-Zawaid, jilid IX, hlm. 19, 48, hadist ke 14296, 14383, bab “Manaqib”.
[40] Al-Laali al-Mashnu’ah, jilid I, hlm. 296-297, 309, bab “Keutamaan Empat Khalifah.”
[41] Al-Fawaid al-Majmu’ah, hlm. 335, bab “Keutamaan Empat Khalifah”, hadist ke 18.
[42] Musnad Syam al-Akhbar, jilid I, hlm. 88, bab kelima dengan jalur dari Abdul Wahab.
[43] Al-Fawaid al-Majmu’ah, hlm. 340, bab “Keutamaan Empat Khalifah”, hadist ke 31.
[44] Al-Laali al-Mashnu’ah, jilid I, hlm. 312-314, bab “Keutamaan Empat Khalifah.”
[45] Al-Fawaid al-Majmu’ah, hlm. 341, bab “Keutamaan Empat Khalifah”, hadist ke 35.
[46] Al-Bayan wa al-Ta’rif fi Asbab Wurud al-Hadits, jilid III, hlm. 5, hadist ke 1171.
[47] Al-Laali al-Mashnu’ah, jilid I, hlm. 317, bab “Keutamaan Empat Khalifah.”
[48] Majma’ al-Zawaid, jilid IX, hlm. 112 cetakan Mesir tahun 1352 H; Bughyah al-Raid fi Tahqiq Majma’ al-Zawaid, jilid IX, hlm. 144, hadist ke 14660, bab “Manaqib dengan jalur dari Thabrani”; Fadhail as-Shahabah, Ahmad bin Hanbal, jilid II, hlm. 654, hadist ke 1114, bab “Keutamaan Ali.”
[49] Syarh al-Syamail al-Muhammadiyah, jilid II, hlm. 227, bab “Peristiwa-peristiwa Ketika Nabi Saw wafat”.
[50] Shahih Muslim, bab “Jihad dan Ekspedisi”, pasal “Perang Dzi Qirdah”, hadist ke 1807; al-Mustadrak, jilid III, hlm. 436, bab “Keutamaan Muhammad bin Musallamah”.
[51] Al-Mustadrak, jilid III, hlm. 436, bab “Keutamaan Muhammad bin Musallamah”; Musnad Abu Ya’la, jilid III, hlm. 385, hadist ke 1816.
[52] As-Syifa, jilid I, hlm. 33.
[53] Lawami’ al-Anwar al-Bahiyah, jilid II, hlm. 313, bab “Keutamaan Abu Bakar”.
[54] Talkish al-Mustadrak, jilid III, hlm. 70, bab “Mengenal Sahabat” – Abu Bakar.
[55] Al-Mushannaf, Ibnu Abi Syaibah, jilid VI, hlm. 374, hadist ke 32102, bab “Keutamaan Ali”; Musnad al-Bazar, jilid II, hlm. 293, hadist ke 716, pada catatan kakinya disebutkan bahwa al-Hakim dan adz-Dzahabi menyebutnya sebagai hadist shahih; Majma’ al-Zawaid, jilid IX, hlm. 118 cetakan Mesir tahun 1352 H; Bughyah al-Raid fi Tahqiq Majma’ al-Zawaid, jilid IX, hlm. 155, hadist ke 14690, bab “Manaqib”; Fadhail as-Shahabah, Ahmad bin Hanbal, jilid I, hlm. 651, hadist ke 1109, bab “Keutamaan Ali”; Musnad Abu Ya’la, jilid I, hlm. 427, hadist ke 565, bab “Musnad Ali”, dalam catatan kakinya disebutkan bahwa semua perawi hadist ini terpercaya, kecuali Fadhal Qaisi, meski Ibnu Hibban menganggapnya perawi terpercaya. Al-Hakim dan adz-Dzahabi menganggapnya hadist shahih, hlm. 139, bab “Makrifat Keutamaan Ali”; al-Maqshad al-Ali, jilid III, hlm. 180, hadist ke 3121; al-Mathalib al-Aliyah, jilid IV, hlm. 60; Tarikh Baghdad, jilid XII, hlm. 394.
[56] Tarikh Baghdad, jilid IX, hlm. 50, “Biografi Ibnu Maghazili”, no. 855.
[57] Al-Firdaus, jilid IV, hlm. 162, hadist ke 4284; al-Laali al-Mashnu’ah, jilid I, hlm. 392.
[58] Afat Ashab al-Hadits, Abu Faraj bin Jauzi, hlm. 125, bab keenam; al-Laali al-Mashnu’ah, jilid I, hlm. 292, bab “Keutamaan Empat Khalifah”.
[59] Lihat: Masyariq al-Anwar, Hamzawi, hlm. 77 pasal pertama, bab Pertama-Penutup; al-Dzakhair al-Muhammadiyah, hlm. 394 dari al-Baihaqi, Risalah al-Zahr al-Nadhir, hlm. 216; Ansab al-Asyraf, jilid I, hlm. 564, hadist ke 1145 cetakan Mesir, hlm. 2/239; al-Mahmudi, al-Ishbah, jilid I, hlm. 442; al-Mawahib al-Laduniyah, jilid III, hlm. 387; al-Mathalib al-Aliyah, jilid IV, hlm. 259; Qishash al-Anbiya, hlm. 43.
[60] Mustadrak as-Shahihain, jilid III, hlm. 457, bab “Keutamaan Munkadir”; Nawadir al-Ushul, jilid III, hlm. 66 pokok ke 222.
[61] Musnad Ahmad, jilid IV, hlm. 399 cetakan Mesir, hlm. 5/543, hadist ke 19072 cetakan Beirut.
[62] Lihat: Syarh al-Syamail al-Muhammadiyah, jilid II, hlm. 231, bab “Peristiwa Diwaktu Nabi Wafat”.
[63] Tafsir Tsa’labi, jilid I, hlm. 258, ayat ke 109 surah al-Baqarah; al-Tsuqat, Ibnu Hibban, jilid IX, hlm. 235.
[64] Kanz al-Ummal, jilid XV, hlm. 751, hadist ke 42977.
[65] H. Fuad Hashem, Sîrah Muhammad Rasûlullâh, Penerbit Mizan, 1989, Bandung, hlm. 24-26.
[66] Saqifah Awal Perselisihan Umat, O. Hashem, penerbit YAPI, hlm. 5-6.
[67] Saqifah Awal Perselisihan Umat, O. Hashem, penerbit YAPI, hlm. 79-81.
[68] Kecuali di zaman pemerintahan Umar bin Abdul Azîz yang 2 ½ tahun.
[69] Dengan demikian dapatlah dibayangkan bahwa hukum fiqih yang berkembang di lembaga-lembaga pemerintahan dan masyarakat didominasi oleh keputusan-keputusan hukum Umar, Abû Bakar dan Utsmân. Dan sama sekali tidak memberi tempat kepada pikiran-pikiran Alî. Buah pikiran Alî hanya berkembang dan diikuti oleh keluarga dan pengikut-pengikutnya. Sebagai ilustrasi dapat diikuti dialog antara gubernur Hajjâj bin Yusuf dan kadinya. Hajjâj bertanya kepada as-Sya’bî tentang warisan seorang (yang tidak punya anak) kepada ibu, saudara perempuan dan kakeknya. Hajjâj: “Bagaimana pendapat Amîru’l-mu’minîn Utsmân?” as-Sya’bî: “Tiap orang 1/3 bagian!.” Hajjâj: “Bagaimana pendapat Alî?” as-Sya’bî: “Saudara perempuan 3/6, 2/6 untuk ibu dan 1/6 bagian untuk kakek!” Hajjâj memegang-megang hidungnya. “Yang pasti, kita tidak boleh mengikuti putusan Alî.” Ia lalu menyuruh hakim memutuskan sesuai dengan pendapat Utsmân. Untuk mengetahui perbedaan-perbedaan ini, bacalah al-Imâm Abdul Husain Syarafuddîn al-Mûsâwî, “Nash wa’l-Ijtihâd.”
[70] Ibnu Abîl-Hadîd, Syarh Nahju’l-Balâghah, jilid 4, hlm. 63.